Sabtu, 12 Februari 2011
tips atasi kesilapan perancangan kewangan
Berikut tips-tips mengapa kita gagal dalam melaksanakan pengurusan duit yang berjaya.
Ianya hanyalah kesilapan umum sahaja dan semestinya perlu dibuat kajian dengan kadar segera :
* Suka berhutang dan gagal memahami konsep pengurusan kredit ( hutang ). Saya percaya ramai yang masih tidak paham akan apa itu hutang dengan secara detail. Bagaimana cara untuk menghapuskan hutang.
* Pelaburan yang salah dan nak cepat kaya. Fuuuhhh…Sapa yang tak nak cepat kaya kan? Saya pun. Sekarang ni banyak sangat program2 ataupun skim2 yang menawarkan pelaburan dalam jangka masa pendek. Kaji dahulu skim tu. Banyak sangat yang tipu. Kalu boleh dapatkan detail tentang syarikat atau orang perseorangan yang menawarkan kita skim2 tersebut.
* Suka menangguh untuk merancang kewangan yang sistematik. Nak rancang kewangan pun susah. Bukan untuk orang lain pun. The best solution yang simple adalah dengan merekodkan perbelanjaan harian kita dalam buku tiga lima ( buku kecil 555 ). Dikenali sebagai CMS ( Cashflow Management System ). Simple tapi sangat berkesan.
* Gagal menyimpan. Memang semua orang ada tanggungjawab masing2 terhadap keluarga mahupun diri sendiri. Tapi apa terjadi kalau kita tidak mempunyai simpanan? Tak dapat nak bayangkan kesusahan itu ( Dulu2 saya pun melalui juga ). Bagi saya simpanan amat penting untuk meneruskan saki baki kehidupan kita di dunia. Bagi saya simpanan yang terbaik dibuat adalah di ASB. Bukan setakat simpan tapi melabur. Dividen pun dapat. Opocot-pocot.
http://proinfo2u.com/blog/tips-info/tip-langkah2-perancangan-kewangan-yang-ideal
* Tiada matlamat kewangan. Sama la macam tiada matlamat hidup. Bagi mati je la kan?Duit tak pernah cukup, nak sara diri dan keluarga pun payah. Nak beli kereta, tapi tak buat simpanan. Nak kahwin, tak jugak buat simpanan. Susah…susah…mengabiskan boreh ajo.
* Kejahilan tentang konsep nilai masa ( time value ) wang. Ngko tak paham? Aku pun tak paham. Muahahaaa…Senang citer, wang kita ada sekarang ( RM1,000 ) tidak sama nilai ( RM1,000 ) pada 5 tahun akan datang. Kenapa? Kepada yang tahu menilai akan simpan di premis yang dalam masa yang sama melabur wang kita dankita dapat faedahnya. Mungkin bertambah kepada RM300. Maka wang kita pada 5 tahun akan datang jadi RM1,300. Kalu dah jahil?5 tahun akan datang hanya ada apa yang dia ada 5 tahun sebelum ni ( RM1,000 ).
* Kegagalan menangani musuh utama wang iaitu inflasi. Inflasi bermaksud peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi.
* Keengganan menggunakan perkhidmatan perancang kewangan / penasihat pelaburan bertauliah. Bagi saya adalah penting untuk kita mendapatkan penasihat kewangan / pelaburan peribadi untuk menstrukturkan perjalanan kewangan kita dengan ada hala tuju dan matlamat. Tapi terlebih dahulu pastikan perancang kewangan / penasihat pelaburan kita itu bertauliah dan tidak hanya mengurus bahkan mencipta kekayaan menerusi innovasi dan asset sedia ada secara kreatif melalui penstrukturan semula, pemantauan dan kajian semula pelan kewangan peribadi individu.
Sila rujuk proinfo2u.com
*NOTA..
Antara keazamanku bagi tahun ini ialah How to get MONEY dengan cara HALALAN TAIYYIBA
Ini bermaksud method yang suci bersih dari unsur syubhah dan Dosa..
Maybe kena tinggalkan kerja dengan majikan sekarang?
erm...memikirkan tentang nasib Akhirat lebih utama dari nasib Dunia sahajakan!
So tips diatas boleh sama2 kongsikan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan