Sabtu, 26 Februari 2011

'Rebranding' Sambutan Maulid


Anda menyambutnya bagaimana?

Menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW, samalah seperti kita mengenang kembali tarikh kita dilahirkan atau tarikh ulang tahun pernikahan. Samalah kita mengenang tarikh keramat kemerdekaan negara atau tarikh penting bagi sesuatu sambutan yang lain. Hari raya misalnya.

Jika kita boleh mencatatkan dalam kalendar pelbagai tarikh yang mahu diraikan, maka berlebih lagilah patutnya kita menandakan 12 Rabiul Awal sebagai tarikh yang tidak wajar dilupakan.

Walau bagaimanapun, 12 Rabiul Awal yang jatuhnya pada 15 Februari pada tahun 2011 ini, tidak akan mendatangkan sedikit pun faedah kepada kita, andai kita hanya tahu ia sekadar hari sebuah kelahiran. Ia tidak lebih daripada sekadar menjadi hari liburan seperti mana kita sering lepak di hujung minggu.

Paginya kita bersarapan pagi di kedai roti canai dengan anak-anak, selepas itu ke pasar dan kemudiannya membaca akhbar di rumah. Lalu petangnya membasuh kereta dan membawa anak-anak ke taman permainan atau ke kebun bunga.

12 Rabiul Awal tanpa persediaan mental dan rohani, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Percayalah! Maka, atas sebab itu, kita mesti memberi suatu kelainan pada tarikh ini.

Kelainan yang bukan sekadar menyebutnya, atau sekadar berarak meregang sepanduk dengan pelbagai kata-kata, tetapi perlu kepada penjiwaan yang mendasar. Jiwa yang akan mendarat di tanah yang subur untuk terus mencambahkan lestarinya cinta kepada Rasulullah.

Soalannya bagaimana? Ya, mulakan daripada diri sendiri dan lebarkannya kepada lingkungan sendiri. Keluarga terdekat dan kepada kejiranan. Amalkan apa yang diamal oleh nabi.

Jika tidak tahu, belajarlah atau mencarilah.Senaraikan apa lagi SUNNAH yang belum diketahui,belum lagi diamalkan..

buat satu list semak..cadangan bila nak buat.

Sebagai contoh ada sahabat ana sebut dia naka mulakan brsugi..dia beli di masjid seri petaling dan beramal dengannya. It Ok


Natijahnya, biar kita tahu, sang pencerah yang kita sambut setiap tahun kelahirannya itu, adalah manusia yang wajar dicontohi.

Bukan sekadar ditulis namanya di atas sepanduk, lalu diarak ke sana dan ke sini, tanpa usaha dan upaya sedikit pun mengenali akhlaknya, mengenali ramah dan santunnya dan mengenali betapa agung peribadinya.

Selain dari itu, Sebagai contoh setiap program Maulid wajar diselitkan program melibatkan kanak-kanak dan remaja..

Baru kena dengan sasaran sebenar dakwah..membina pelapis masa depan

seperti contoh penulis pernah mendapat sms dari seoarang tokoh aktivis masyarakat yang terkenal berbunyi begini.

Ini contoh yang boleh dibumikan..

Semua Teman Penggerak Qaryah

All dipinta melaksanakan Perhimpunan Ummah Sempena Maulid Rasul pada mana-mana tarikh sepanjang bulan Rabiul Awal jika tidak pun Rabiul Akhir pun tidak mengapa..
Berbentuk Forum,Tazkirah,Kuliah mahupun sembang2. Bicara Seerah pun Ok
Cadangan Acara 1 : Diskusi penghayatan Akhlak Rasulullah SAW?
Acara 2 : Ikrar Ummah 1JatiDiri

Cetuskan MAHU ummah kepada Gaya Hidup Sebenar !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan