Sabtu, 5 Mac 2011
Berlalu R'Awwal 1432H...
Seiring Rabiul Awal yang lalu
Sepanjang bulan sambutan yang lalu ana mengucapkan syukur tidak terhingga kehadrat ALLAH SWT kerana masih mampu memenuhi beberapa jemputan menyampaikan tazkirah buat ummah mengenai diri Rasulullah SAW..sesungguhnya semua butiran yang keluar hanyalah bertujuan untuk mentarbiyyah diri sendiri selalu dan senantiasa agar menjadi ASBAB bersama jemaah RASULULLAH SWT di sana nanti.
Pernah dan banyak kali diri memikiri dalam perjalanan pergi mahupun pulang dari mana-mana jemputan sudah sejauh manakah diri sudah dan terus istiqomah dalam menghayati sunnah Nabi SAW..dari segi amalan, melakukan suruhan,meninggal tegahan , dari sudut kesungguhan beraksi dalam DAKWAH..
Memang mudah untuk menyamapaikan (berceramah) namun hendak mengamalkannya pula suatu usaha yang lain..menyampaikan sudah,..
Namun implementasikan kepada diri,keluarga dan sekeliling suatu cabaran (bukan masalah)!!
Ya Allah Ya Rahiimul bil Ibad, bantulah hamba ini ya Allah Ya Musta'an..
Langkah bahkan putaran roda tayar keretaku semoga menjadi SAKSI di sana di atas kesungguhan diri kerdil untuk menyatakan KASIH dan RINDU buat kekasih Rasulullah SAW
Beberapa senarai tempat yang telah diri ini pergi seiring R'Awaal 1432H :
1. Sekolah Taman Sg Besi (tepi THE MINES)
2. Sekolah Keb Bukit Nenas (2) KL
3. Sekolah Setia Budi UIAM Gombak
4. Surau Hidayah Taman Mawar Jln Klang lama
5. SRK KAFA Kuang Ahli Panel Forum bersama Ustaz Heryanto
6. Masjid Tuanku Mizan Putrajaya
dan ada lain yang tak dapat disebut disini..segan
Terasa kerdil sungguh tatkala kekadang bertemu dengan sahabat2(mereka bekerja keras menjayakan peogram MAULID)..Yerla masing2 dengan sudut kerja masing2..
Renungilah Hadis Ini..Betapa AGUNGnya sayang RASUL pada kita..
Dan dikeluarkan oleh al-Bazzaar bersumber daripada 'Aisyah r.ha., katanya:
Tatkala daku lihat Rasulullah s.a.w. itu elok keadaan diri baginda, lalu aku berkata, "Ya Rasulullah s.a.w.! Berdoalah kepada Allah untuk (kebaikan) saya!"
Lalu baginda terus berdoa, "Ya Allah, ampunkanlah bagi 'Aisyah segala dosanya yang lalu dan dosanya yang akan datang, dosanya yang tersembunyi mahupun yang nyata."
Lalu ketawalah 'Aisyah r.ha. dengan bersangatan (gembiranya) sehingga tertunduk-tunduk kepalanya disebabkan ketawa itu.
Maka Rasulullah s.a.w., "Adakah doaku itu membuatkan engkau gembira?"
Jawab 'Aisyah r.ha., " Masakan doa mu itu tidak menggembirakan saya?"
Maka bersabda Rasulullah s.a.w., "Demi Allah! Sesungguhnya itulah doaku kepada umat ku di dalam setiap solat ku."
[al-Haithami berkata: Periwayat-periwayat hadith ini adalah periwayat yang boleh diterima melainkan Ahmad bin Mansur ar-Ramaadiy yang merupakan seorang yang bertaraf thiqah (amat dipercayai)]
Teringat bahawa MSN belum lagi mengadakan Majlis Sambutan maulid yang terkini insyallah akan berlangsung pada 17hb Mac 2011 Khamis bermula pagi dengan perarakan dan diikuti dengan Talk Show Oleh Ybhg Prof Dr Muhaya Mohamad ( Pakar mata) bertajuk 'Hadirmu Membawa Sinar' sesudah Majlis Anugerah Sukan Negara.
Datang tau...untuk warga vista pula ialah pada 25hb mac pula...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan