Khamis, 10 Mac 2011

Memberi itu Kepuasan...!




Pengalaman berdakwah adalah sesuatu marvelous bahkan unik..kerana setiap masa yang berlainan dengan tempat berlainan dengan kerenah mad'u yang berlainan pasti memberikan 'kepuasan' berlainan.

Anda tak percaya..jadilah pendakwah ..! sure ada kenikmatan luar biasa..

Setelah kepulangan dari luar negara dulu antara tempat yang sangat diingini masuk berceramah ialah Bangunan Angkasapuri RTM Lembah Pantai KL. Walaupun sudah pernah terjun dalam tv suatu waktu dahulu melalui proram tazkirah bersiri..namun pengalaman kali ini amat menarik jua..


Sering kali melintasi dengan 'kuda'ku di hadapan RTM untuk mengajar di sekitar sana bahkan saban minggu di Masjid Jamek Ikhlasiah (masjid terkenal isu azan)

Tarikh 9Hb Mac 2011 (Khamis)bersamaan 4 R'Akhir 1432h bererti buat daie kecil ini,..'kuda'ku tiba dihadapan gerbang RTM tepat jam 8.38 pagi..15 saat terpaku menghirup udara kepuasan..

Ya Allah tegarkan hidup ini untuk terus tugas menyampai dan menyamapai..

Tetiba peluang ini diberi oleh Al-fadhil Ustaz Ajib kawan lama di JAKIM dahulu yang kini bertugas di Kem Penerangan Komunikasi & Kebudayaan. Tajuk yang diberi ialah Matlamat Hidup Antara Realiti dan Fatamorgana..

..17 Slide show dsediakan..bermula jam 9 pagi - 10.30 pagi di Dewan Cendiakawan. Mudah2an dapat manfaat bersama semua..

Apabila sesi bersama hati dilakukan agak terkesan apabila 2 orang puan apabila ditanya mengatakan "terasa tenang " dan " Lega legalah"

Ini bagai satu kekuatan 'kepuasan'. Puas hati apabila ada impak walau tidak semaksimanya

Semoga lebih 300 orang yang hadir dari pelbagai agensi termasuk Muzium Negara, Perpustakaan Negara, Isyana Budaya dan lain lain..mendapat manfaat

Sesungguhnya seluruh isi ceramah ditujukan khas buat diri ini dan ahli keluargaku

Allahuma Fashad!

Benarlah! Memberi itu memang kepuasan..



1 ulasan:

  1. bilalah nak dengar ustaz berceramah ye. Orang kata, lihat pada apa yang dikata, jangan lihat pada orang yang berkata! :)

    BalasPadam