Tanggal 24 Jun 2011 (Jumaat) lalu mendapat panggilan dari Ustaz Muhyiddin Abdul Aziz Bahagian Sumber KBS. Saya dipinta menyampaikan sedikit tazkirah sekitar tajuk Israk Mikraj dalam Majlis Penghayatan Al-Quran KBS di surau tingkat 1. Ini adalah kali ke 2 rasanya berpeluang datang ke KBS menyampaikan dakwah. Prtama pada 2 tahun lalu di surau DCA dan ke 2 ini lah masanya.
Biasanya sekadar membaca doa atau menghadiri program anjuran KBS.
Saya bersetuju dan hadir bersama us dahlan menemani permusafiran. Porgram agak ringkas berbanding MPPQ versi MSN. Setelah habis doa Yaasin oleh Ustaz Mahyuddin, beliau terus menjemput saya memberikan tazkirah berdasarkan ibroh dari Irak Mikraj.
Saya cuba menyimpulkan kepada peta MInda HMS(hati-Masjid-Solat) dan saya tinggalkan 3 huruf itu untuk sama-sama hadirin dapat mengemblengkan ketiga-tiga huruf itu dalam detik perjalanan hidup ini.
Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:
1. HATI-
Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Syaidina Ali ra dalam atharnya ada menyebut bahawa " Bagi Allah di atas bumi ada bejananya" Ketahuilah bejana Allah itu ialah hati insan" Jagalah hati kita. Jaga niat kita..Orang cina biasa sebut "hati mahu baik maaa" Biarkan hati selalu berkata,mengingat dan mengadu kepada Allah. Isyarat ini timbul apabila Hati yang dibedah bukan sekali bahkan 2 kali. Ianya berlaku sebelum peristiwa israk dan semasa usianya 5tahun. Kenapa hati ? tidak otak? tidak peut? Betapa pentingnya hati..Betapa seriusnya Islam terhadap daging bernama HATI...
2. MASJID
bagaimana reponsibilati kita dengan rumah Allah. Maybe kita sibuk nak beli rumah, nak besarkan rumah dan nak tambah rumah lagi besar. namun bagaimanan rumah Allah di kawasan kita.? Sudahkah kita mengimarahkannya? Nabi saw saebut " fashad lahu bil Iman " kepada orang yang istiqomah datang ke surau. Dalam peristiwa israk mikraj Nabi bermusafir dan berjalan di anatara masjid ke masjid dan kawasan itu diberkahi Allah swt.
Barangsiapa yang membangun masjid ikhlas karena Alloh, maka Alloh akan membangunkan baginya yang serupa dengannya di Surga (HR. Muslim)
3. SOLAT
Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.
Jumpa lagi...n jangan gelak besar sekadar senyum pun okay
Tiada ulasan:
Catat Ulasan