Jumaat, 4 Februari 2011

Info Penting dari ILMAM



Pertubuhan

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ( ILMAM )


www.ilmampusat.blogspot.com / e-mail : ilmampusat@yahoo.com
Kepada

sesiapa yang berkenaan;


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan / Puan,

Kenyataan Media Berkenaan Isu Di Mesir Terkini

Hasil daripada komunikasi dengan persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang menaungi lebih 5000 orang pelajar di Mesir semalam, beberapa perkara yang dibincangkan dan mesti diambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia lebih 10 000 orang yang berada di 10 negeri seluruh Mesir.

Berikut adalah pendirian kami;



1- Menggesa Kerajaan Malaysia membawa balik seluruh pelajar Malaysia di sana bukan menghantar ke negara-negara jiran atau ke kawasan setempat yang dikira selamat kerana keadaan yang berlaku telah menjalar ke seluruh negara jiran dan seluruh Mesir. Tindakan ini juga dilakukan oleh beberapa negara lain seperti Britain dan lain-lain selepas melihat situasi disana yang semakin bahaya.



2- Kerajaan Malaysia mesti memberikan keyakinan kepada seluruh pelajar bahawa mereka yang dibawa pulang, boleh kembali untuk menyambung semula dan menamatkan pelajaran mereka.



3- Harapan kepada seluruh media, sila dapatkan maklumat yang tepat supaya tidak berlaku pencanggahan dan menambahkan keruncingan bagi pihak pelajar dan keluarga mereka. Boleh dapatkan maklumat secara langsung dari Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime +20113771841.



4- kami telah menubuhkan Unit Aduan Dan Maklumat khusus bagi isu ini untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelajar, keadaan dan kebajikan untuk pelajar Malaysia di sana . Sila hubungi ;

Juga boleh menghubungi Bilik Operasi Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan MAIS, Shah Alam, Selangor. Selama 24 jam di talian: 03-55143520/3534/3538/3539/3576.

Akhirnya, kami menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia di sana. Dan kami akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa.

Sekian, Terima Kasih.

Yang menjalankan tugas

Mohd Farhan Bin Madzlan

Timbalan Presiden

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)


Salinan kepada;


- Presiden ILMAM

- Setiausaha ILMAM

- ILMAM negeri-negeri


Ajal Hosni Mubarak sudah tiba..





Situasi di mesir menggerunkan

..dari pembacaan via tenet dan berita melalui TV dan terakhir ana dapat terus menalipon sahabat lama Ustaz Nawi Kelantan (siapa tak kenal ustaz nawi). Beliau mengatakan bahawa situasi h.7 dan h.10 okay cuma situasi di medan tahrir dan beberapa tempat lain yang tegang...( situasi pada 27 jan 2011)

Bagi sesiapa yang pernah ke kota Kaherah memahaminya.

Bayangkan! betapa luasnya kota ini dianggap bandaraya terbesar di timur tengah berbanding Baghdad di iraq. terlalu luas kawasan kaherah yang meliputi penduduk sermaia 20 juta orang ..

dan kepada Hosni yang tiada MUBARAK lagi ..Anda berhak undur segera sebelum anda diajalkan di laut Merah..

Berikut satu emel dari seoarang pelajar Mesir bagi menggambarkan situasi disana..

Assalamualaikum warahmatullah..


Alhamdulillah..Pelajar-pelajar di sini secara umumnya semua dalam keadaan stabil..Hari jumaat ni akan ada satu demo yang mungkin lebih besar..Baru ni lebih kurang 2 juta yang hadir di tahrir, itupun ada lagi yang disekat dlm perjalanan..Di kawasan sekitar Shoubra ni ada juga demo, agak berdekatan dengan kediaman pelajar-pelajar kita..nak keluar rumah waktu malam memang dilarang sama sekali..Nak keluar rumah pun 'asyan g masjid jee... penjenayah berkeliaran di kawasan sekitar..Balai polis dibakar dan penjenayah dibebaskan..So, rakyat jadi semakin takut....Banyak kes-kes jenayah di sini..orang-orang arab akan buat hirosah (kawalan) di setiap malam..Banyak premis2 kerajaan dibakar dan dipecahkan..Bank-bank, mesin ATM, KFC pun dipecahkan...Kerja siapa semua ni?? wallahu a'lam..ada yang kata polis buat..ada yg kata memang geng2 kaki rompak..
Ada yang buat roadblock..orang biasa je pun, bukan polis..polis ramai dah takut nak keluar..huhu ..tadi baru balik dari Asyir..Terpaksa melalui lebihkurang 15 roadblock..di beberapa roadblock dikawal oleh kereta kebal..Subhanallah..Begitu sekali keadaan Mesir sekarang ni..Apapun, kita tengok perkembangan selepas hari jumaat nanti...Kalau makin teruk, emm tak tau nak kata..Hasbunallahuwa ni'mal wakil...

Terkini..Pelajar-pelajar Malaysia akan dipindahkan ke Jeddah secara berperingkat2 melalui kapal laut TLDM dan Kapal Terbang. Menetap di sana dalam tempoh lebihkurang 1 bulan..Sampai Mesir kembali stabil...Nak balik Malaysia? Guna duit sendiri..
Universiti Al-Azhar stakat ni masih berfungsi seperti biasa dan pelajar-pelajar akan mngaji macam biasa...

Rasanya semua tahu berita ni..emm..banyak cerita nak kongsi di sini sebenarnya, takut tak larat nak baca..:) Banyak je cerita-cerita pelik-pelik di sini...Kalu boleh tabayyun la dulu..Nak tau berita rasmi, boleh telefon tuan Presiden PMRAM atau web rasmi www.pmram.org ..Apapun, kami harapkan doa dari kalian moga-moga Mesir kembali aman seperti sediakala..Sekarang ni rasa macam duduk di zaman penjajahan..Kedai2 semua tutup, jalan jadi sunyi sepi..bangunan2 banyak dibakar dsb..Mungkin Allah nak tarik sekejap nikmat keamanan di Mesir ni..:(

Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi,
Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syariff
Shoubra. Mesir.

"...Islam Memimpin Perubahan.."

"...Islam Memimpin Perubahan.."

Selasa, 1 Februari 2011

Sebenar jumlah Ayat Quran!!


Sampai hari ini kita masih belum menemukan sumber asli yang mengatakan bahwa jumlah ayat Al-Quran itu benar-benar 6.666 ayat. Yang kami dapati adalah berbagai ragam pendapat yang mengatakan jumlahnya kurang dari itu.

Para ulama sepakat mengatakan bahwa jumlah ayat Al-Quran lebih dari 6.200 ayat. Namun berapa ayat lebihnya, mereka masih berselisih pendapat.
Menurut Nafi” yang merupakan ulama Madinah, jumlah tepatnya adalah 6.217 ayat. Sedangkan Syaibah yang juga ulama Madinah, jumlah tepatnya 6214 ayat. Lain lagi dengan pendapat Abu Ja”far, meski juga merupakan ulama Madinah, beliau mengatakan bahwa jumlah tepatnya6.210 ayat.

Menurut Ibnu Katsir, ulama Makkah mengatakan jumlahnya 6.220 ayat. Lalu ”Ashim yang merupakan ulamaBashrah mengatakan bahwa jumlahnya jumlah ayat al-Quran ialah., 205 ayat.

Hamzah yangmerupakan ulama Kufah sebagaimana yang diriwayatkan mengatakan bahwa jumlahnya 6.236 ayat.
Dan pendapat ulama Syria sebagaimana yang diriwayatkan oleh Yahya Ibn al-Harits mengatakan bahwajumlahnya 6.226 ayat.

Mengapa Berbeda?

Sebenarnya tidak ada yang beda di dalam ayat Al-Quran. Semua pendapat di atas berangkat dari ayat-ayat Al-quran yang sama.
Yang berbeda adalah ketika menghitung jumlahnya dan menetapkan apakah suatu potongan kalimat itu menjadi satu ayat atau dua ayat.

Ada orang yang menghitung dua ayat menjadi satu. Dan sebaliknya juga ada yang menghitung satu ayat jadi dua.
Padahal kalau dibaca semua lafadz Quran itu, semuanya sama dan itu itu juga. Tidak ada yang berbeda.

Lalu mengapa menjadi beda dalam menentukan apakah satu lafadz itu satu ayat atau dua ayat?

Jawabnya adalah dahulu Rasulullah SAW terkadang diriwayatkan berhenti membaca dan menarik nafas. Pada saat itu timbul asumsi pada sebagian orang bahwa ketika Nabi menarik nafas, di situlah ayat itu berhenti dan habis. Sementara yang lain berpandangan bahwa nabi SAW hanya sekedar berhenti menarik nafas dan tidak ada kaitannya dengan berhentinya suatu ayat.

Lagian, nabi SAW saat itu juga tidak menjelaskan kenapa beliau menarik nafas dan berhenti. Dan tidak dijelaskan juga apakah berhentinya itu menunjukkan penggalan ayat, atau hanya semata-mata menarik nafas karena ayatnya panjang.

Perbedaan dalam menghitung jumlah ayat ini sama sekali tidak menodai Al-Quran. Kasusnya sama dengan perbedaan jumlah halaman mushaf dari berbagai versi percetakan. Ada mushfah yang tipis dan sedikit mengandung halaman, tapi juga ada mushfah yang tebal dan mengandung banyak halaman.

Yang membedakanya adalah ukuran font, jenis dan tata letak (lay out) halaman mushaf. Tidak ada ketetapan dari Nabi SAW bahwa Al-Quran itu harus dicetak dengan jumlah halaman tertentu.
Wallahu a”lam bishshawab, wassalamu ”alaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Jumaat, 28 Januari 2011

Rumah Lelong.. nak!


“Beli rumah lelong? nah… sebelum tu awak kena pastikan benda ni… ni… ini…” itulah cakap-cakap yang kerap kali kita dengar dari kawan-kawan yang entah berpengalaman atau tidak dalam selok belok beli rumah lelong. Walau apa pun cakap-cakap orang, dibawah ini saya sertakan 7 tip beli rumah lelong. sila baca tip-tip dibawah.

1. Sebelum membeli rumah lelong, buatlah carian hak milik secara rasmi dipejabat tanah terbabit, lawat rumah lelong berkenaan dan jika boleh pergi ke pejabat pemaju untuk dapatkan maklumat selanjutnya. (benda ni kadang-kadang boleh dapat, kadang-kadang pemaju tak layan kita… apa boleh buat cari jalan lain lah!)

2. Hubungi pelelong untuk perisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat lanjut daripada peguam untuk mendapatkan segala maklumat.

3. Selain itu, mungkin wajar juga anda meninjau sendiri rumah lelong itu dan mengambil gambar hartanah itu, lepas tu yang paling penting… datang tempat lelongan tepat pada waktunya.. kalau awal lagi baik.

4. Pada hari lelongan, pembida wajib sediakan 10 peratus daripada harga rizab harta atau rumah, sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. Cek selalunya tidak diterima.

5. jangan lupa pembida perlu membawa kad pengenalan asal dan 2 salinan kad pengenalan.

6. Jika menjadi wakil, kedua-dua kad pengenalan asal dan surat kuasa yang membenarkan dia menjadi wakil untuk mendapatkan lelongan perlu dibawa.

7. Kalau hantar wakil, wakil pun mesti bawa wang untuk bayar antara 10 peratus harga pembelian dan tandatangan jualan kontrak.

7 tip ini sebagai pengetahuan umum saja, dari pengalaman saya, 7 perkara ni memang wajib dan kena tahu. Walau apa pun rumah lelong mungkin ada masalah jika hartanah tu sendiri ada masalah. Jadi nasihat saya, dapat kan nasihat kawan-kawan dan selamat berlelong!


artikel asal

http://www.drumah.com/7-tip-beli-rumah-lelong/33.html



Rabu, 26 Januari 2011

Go 3X Fight 3X Win3x



wajar dan wajar seorang mukmin hidupnya sibuk

kekadanga ada yang menalipon " Salam ustaz, sibuk ke ustaz"?, Ana jawab " Kalau tak sibuk tak nama ustaz dia itu "..

Memang kene sibuk dan menyibukkan diri

hari Isnin dikata orang MONDAY BLUES memang benar

siang sibuk kerja tugasan pejabat,..malamnya bersiap kerja memagar unit rumah MSN di arena green bersama ahli uhei's.. habis jam 1 pagi terus bergegas ke Trolak Sungkai ada majlis Qiamullai anjuran Kem Sumber Asli untuk pegawai pelapis gred S48-s54.

Tiba jam 3.20 pagi terus check in dengan en tarmizi dan sempat rehat dalam 40 minit untuk turun bermedan dengan peserta qiam..

Alhamdulillah dapat berjalan dengan baik

Selepas subuh dapat menyampaikan tajuk mengenai "Ahli Surga vs Neraka : mana ramai"

berjumpa sahabat lama KUSZA dahulu saudara zawai dari SSM..

selepas makan pagi,baju koporat harimau terus disarung dan bergegas pulang ke Bukit Jalil

Dalam jam 10 pagi tiba..kata sharul hikmi pilot MSN bahwa ustaz mendengkur kuat juga dalam pajero tadi..Ana tersenyum sahaja.


teringat kata sahabat dalam gorup motivasi GO 3x FIGHT 3x WIN 3x

Pelik Jenazah ini !


Apakah yang dicita-cita oleh seseorang dalam hidup..

Ada satu perkara yang wajar di fikir kan oleh bakal jenazah iaitu kita semua..

"Agak-agak ramaikah yang akan datang dan menyembahyangkan kita apabila kita dah jadi arwah nanti "?

Menarik persoalan ini..dan tak salah jika kita berfikir( bahkan dianjurkan) dan merenungi hal ini..

Semalam semasa mendengar kisah Imam Masjid Seri Petaling yang pulang dari Ijtimak Ummah Islam di Bangladesh menarik perhatian saya..

Bayangkan ! Gambarkan ! dari seramai 1 ribu jemaah dari malaysia yang pergi ke sana, ada seorang (Haji Abu Bakar) yang telah dipanggil Allah mengadapnya.

Bermula ceritanya beliau nak bangun berqiamullail jam 2 pagi lalu mengadu sakit dada dan kemudian meninggal dunia..bayangkan!

bayangkan!
Gambarkan!

berapa ramai yang meyembahyangkannya ?

Bukan 100 oarng!
Bukan 1000 orang!
Bukan juga 10 ribu orang !
Bukan juga 100 ribu

namun 4 juta yang bermusafir seluruh dunia berhimpun meyembahyangkannya!

Bagaimana kita yer..

Penulis pernah meihat bagaimana jenazah yang berstatus VVIP ada gelaran Datuk!
namun solat jenazah pun tak ramai terpaksa pangggil orang masjid dan surau berdekatan. Namun yang ramai datang menziarahi di kalangan orang kaya hanya berspek mata hitam dan bersembang kosong sahaja.

Kesian arwah ..

Dunia kaya ( baca kaya hutang) namun di akhirat miskin ( baca : papa kedana..)

manakala berbeza dengan arwah pertama

Bayangkan arwah tadi disolatkan 4 juta orang.. tak abis makan akhirat dia !

kayanya dia jutaan dia pahalanya

Berbahagianya dia di alam sana !

pemulis berazam menjejakinya dan mengkaji amalannya..

Nota :

Syukran ustaz khairy berkongsi infomasi
TAKZIAH kepada khasnya kepada ahli keluarganya,rupanya dia adalah penggerak tahfiz di sg besi KL.. besarnya ganjarannya, cemburu tak!

saya mencemburuinya

Anda ..bagaimana!





Sabtu, 22 Januari 2011

3 TEKNIK HAFIZ


3 TEKNIK KEPADA HAFAZAN ANDA?
catitan nota dari ustaz asyraf adalah satu kredit buat along kini di sg kelambu dan angah di hulu langat..teruskan jihad kalian dalam hafazan ayat ayat allah.



Benar kata cerdik pandai, strategi yang tepat dan berkesan adalah senjata ampuh kedua selepas doa kepada Allah. Jenis serta cara kita mengingati sesuatu merupakan perkara yang termasuk dalam ‘bab strategi’ ketika menghafaz. Ia amat berguna untuk mengenalpasti corak ingatan dipetakan dalam minda kita.



Jika anda merasakan diri anda termasuk dalam golongan ‘ingatan visual’, maka :



1. Anda tidak digalakkan untuk bertukar-tukar mashaf. Ia adalah ‘the most important rule’ yang tidak boleh dilanggar. Kalau dalam hukum fiqh, melanggar peraturan ini ‘haram’ hukumnya. Ini kerana, hafazan berbentuk visual akan membentuk ‘ingatan fotografik’ dalam minda. Jika anda sering bertukar mashaf, ditakuti gambar mukasurat yang dirakam dalam minda juga akan bertukar-tukar. Takut-takut, hafazan anda akhirnya nanti saling tak ubah macam ‘rojak’, - macam-macam ada!



2. Anda perlu mengecam betul-betul mukasurat yang dihafaz dengan mengenalpasti pola susunan ayat, tanda waqafnya serta tidak dilupakan, hukum tajwid unik (seperti saktah, isymam dll) yang mungkin wujud dalam mukasurat itu. Begitu juga, anda perlu mengingati letak setiap mula awal ayat, tanda waqaf pilihan (seperti huruf jim kecil, lam-alif kecil dll) serta kedudukan hujung ayat itu berakhir samada awal, tengah atau hujung mukasurat.



3. Gunakan ‘highlight pen’ ketika menghafaz dengan menandakan setiap ayat yang sukar, hukum tajwid yang selalu dilanggar, atau tempat yang paling sering anda lupa. Mungkin ada yang bertanya ‘tetapi ustaz, bukankah Al-Quran tidak boleh diconteng? – Jangan risau, kita boleh menggunakan kreativiti tanpa perlu menconteng Al-Quran cantik anda sedikitpun! Fotokopi sahaja mukasurat yang ingin dihafaz, kemudian terpulang kepada anda untuk menandakannya puas-puas!



4. Ini satu lagi teknik berkesan untuk golongan pengingat visual. Fotokopi besar-besar mukasurat yang ingin dihafaz, kemudian tampalkannya disekeliling bilik atau pejabat anda. Teknik ini pernah saya lakukan dahulu setelah mendapat ilham dari satu surau yang menggantung besar-besar (besar sungguh!) 3 mukasurat Surah Sajadah betul-betul depan imam agar mudah beliau membacanya ketika solat Subuh pagi jumaat!



5. Bina graf, carta atau apa sahaja untuk menunjukkan prestasi hafazan anda setiap hari. Ia akan lebih mudah merangsang semangat anda untuk menghafaz apabila melihat pencapaian hafazan dalam bentuk visual. Bahkan, ia juga boleh berperanan sebagai ‘reminder’ berkesan – MasyaAllah!, sudah dua minggu saya masih tersekat menghafaz mukasurat sama sahaja!



6. Banyakkan menulis kembali ayat yang telah dihafaz tanpa merujuk mashaf kerana melaluinya sahaja, kekuatan ‘ingatan mukasurat’ tersebut benar-benar teruji. Anda akan mendapati teknik ini benar-benar memberikan manfaat besar kerana melaluinya, kita akan dapat pastikan ‘ayat sekian bermula di kedudukan sekian’ dalam setiap mukasurat. Jika tulisan itu lebih banyak yang betul dari salahnya, maka ingatan hafazan anda dianggap sudah di tahap ‘almost perfect’ dan layak diberikan penghargaan, sama seperti potret lukisan pemandangan lama yang dilukis hampir seratus-peratus serupa walaupun pelukisnya hanya sekali sahaja pergi ke tempat itu! 100% bergantung pada ingatan visual sahaja tanpa kamera digital mahupun video kamera disisi!



Melalui teknik menulis semula ingatan hafazan juga, anda akan dapat mengecam dengan baik ayat awal serta ayat hujung setiap mukasurat dalam sesuatu juzuk/surah. Perkara ini akan terasa manfaatnya bila seseorang bertanyakan anda ‘dimanakah ayat sekian-sekian terletak dalam Al-Quran?’



Anda dengan mudah memberikan jawapan ‘Oh, ayat tersebut terletak di juzuk sekian, maqra’ sekian dan mukasurat sekian…. Kedudukannya pula tengah-tengah mukasurat, sementara ayat sebelumnya ialah sekian-sekian dan ayat selepasnya adalah sekian-sekian…. Sekian, terima kasih..’



Menarik bukan jika anda memiliki ingatan sebegitu?





Tetapi, jika anda merasakan diri anda termasuk dalam golongan ‘ingatan audio’, maka anda perlu :



1. lebih banyak mendengar ayat hafazan melalui cd/rakaman bacaan Imam terkemuka. Jika sibuk, carilah waktu kosong disela kesibukan harian untuk melakukannya seperti mendengar cd ayat hafazan ketika traffic jam atau waktu lain. Begitu juga, andai tugasan yang anda lakukan setiap hari merupakan kerja rutin, kurang bergantung kepada orang lain serta kurang pengawasan, mungkin anda boleh melakukan kerja tersebut sambil mendengar ayat hafazan dari Ipod atau alat elektronik lain.



Dan, jika anda merupakan seorang ‘freelance’, pekerja S.O.H.O (small office home office) atau surirumah sepenuh masa, kerja mengulang akan menjadi lebih mudah! Pasang sahaja cd/kaset ayat hafazan tersebut di radio sepanjang hari. Jika mahu lebih ekstrem, pertimbangkan teknik ini : dengan beranggapan suara anda tidak mengganggu jiran sebelah rumah, mungkin sudah sampai masanya waktu anda ber‘karaoke pahala’ – ikuti bacaan ayat qari tersebut kuat-kuat!



2. Teknik ‘rakam suara sendiri dan dengar semula’ amat berkesan untuk menjadikan kualiti hafazan anda lebih kuat. Saya pernah menggunakan teknik ini dan Alhamdulillah, ia memang banyak membantu terutamanya dalam mengenalpasti sebutan huruf yang tidak begitu tepat. Melaluinya juga, saya dapat mengecam ‘lompong hafazan’ seperti tempat paling sering kesalahan tajwid berlaku, serta memperbetulkan intonasi bacaan agar setaraf dengan ‘lahjah arab’.



Bonus terbesarnya pula ialah, teknik ini sahaja yang berjaya mendedahkan kelemahan utama saya yang selama ini tidak disedari – rupa-rupanya, ada juga saya tersalah baris ketika menghafaz!



3. Agar ingatan menjadi lebih mantap, cuba sekali-sekala tawarkan diri sebagai imam di surau/masjid berdekatan. Saya yakin, jika kena caranya, pasti para jemaah menyukai bacaan anda. Ini kerana, disebabkan anda menghafaz berbantukan bacaan imam popular, anda sebenarnya secara tidak langsung menghafaz sekali ‘irama’ & ‘lenggok’ lagunya.



Bayangkan jika imam pujaan yang sering diikuti ialah Syeikh Sudais imam Masjidil Haram, sementara anda pula menjadi imam dengan mengikuti lenggok bacaannya 100 peratus, pasti heboh satu kampung dengan berita : ‘Gempar! - ‘Imam Masjidil Haram datang solat subuh di surau kampung kita!!’



Cuma satu sahaja pesanan saya, pastikan mutu suara serta ‘piching’ anda setaraf dengan Imam Sudais. Kalau tidak, takut-takut tajuk berita di atas bertukar pula menjadi : ‘Jemaah kita si xxx cuba tiru lagu Imam Sudais masa jadi imam, tapi makmum ramai ‘Mufaroqah’ sebab ‘piching’ lari!!





3 : Tetapi, jika anda merasakan diri anda termasuk dalam golongan ‘ingatan kinestetik’, maka anda perlu :



1. biarkan badan anda bergerak-gerak ‘ala berzikir’ ketika menghafaz. Tidak kisahlah samada gerakannya kedepan-belakang atau kekiri-kanan, yang penting jangan sekali-kali anda cuba menahan gerakan tersebut berhenti.



Ini kerana ada rahsia besar tersembunyi di dalamnya. Melalui pergerakan itulah, ia berfungsi semacam ‘generator’ hafazan di mana, semua ayat yang sedang dihafaz sedang disimpan perlahan-lahan. Malahan, anda akan lebih mudah mengingati semula apa yang diingati berdasarkan gerakan badan yang dilakukan ketika ia disimpan.



2. Teknik di atas ialah bagi mereka yang gemar ’bergerak setempat’. Ada juga teknik kedua yang lebih suka menggerakkan semua anggota badannya ketika menghafaz seperti rakan ‘tawaf kelas’ saya yang diceritakan sebelum ini. Jika anda termasuk dalam golongan tersebut, baguslah kerana anda bakal mendapat bonus tambahan iaitu : bersenam sambil menghafaz!



Memang berbaloi untuk anda. Pahala dapat, kesihatan pun meningkat!



3. Mungkin juga ada yang agak ‘slow motion’ gerakannya. Bagi mereka, 2 teknik gerakan di atas tidak sesuai untuk digunakan. Oleh itu, saya mencadangkan teknik ketiga yang lebih santai iaitu : ketika menghafaz, gerakkan objek kecil seperti menggerakkan pensel atau objek seperti guli, pemadam dan sebagainya.



Teknik ini pernah dilakukan oleh salah seorang anak murid saya dahulu. Saya sering memerhatikannya yang leka menggerak-gerakkan pensel dijarinya ketika menghafaz. Apabila ditegur, dia menjelaskan ‘ustaz, saya lebih ‘khusyuk’ menghafaz jika pensel ini sama bergerak dengan saya!’


Tidak kisahlah apa yang anda gerakkan, kerana setiap individu memiliki stail pergerakan tersendiri – samada cara berjalan, arah gerakan badan atau sebarang ‘rhythm’ gerakan ketika menghafaz. Yang penting, pergerakkan tersebut amat membantu pencapaian hafazan. Ini kerana bagi golongan ‘pembelajaran kinestetik’, gerakan tersebut samalah fungsinya seperti bateri yang dipasang pada ‘kereta control’.

RUJUKAN ASAL

http://www.asraffayob.com/

Selasa, 18 Januari 2011

Petua Keyakinan & Makna Harga Diri





Keyakinan Diri

Apakah harga diri?

Harga diri adalah aset atau nilai diri yang menggambarkan perwatakan diri.
Mengapa perlu ada harga diri?

Nilai harga diri yang tinggi akan menjadikan anda:
• Berkeyakinan
• Bermotivasi
• Dapat mengatasi masalah dengan baik

Harga diri membolehkan membuat pilihan semada menuju ke arah kejayaan atau kegagalan.

Dengan keyakinan diri yang baik saya mampu mencapai kejayaan.
Bagaimana saya dapat menilai harga diri sendiri?

Jika tiada harga diri, saya merasa:

• Tidak yakin pada diri sendiri
• Menyalahkan diri sendiri semasa mengalami kegagalan
• Rasa bersalah
• Merasakan diri tidak penting
• Takut untuk memberi idea atau pandangan
• Menyebabkan ketegangan perasaan
• Rasa tidak selamat untuk menghadapi masa akan datang


Apakah kesan jika saya tidak menangani keadaan ini?

Kemungkinan:

• Hilang keyakinan pada diri sendiri
• Bertindak mengikut hawa nafsu untuk kepentingan diri sendiri
• Rasa sedih
• Sentiasa mengalah atau merendah diri
• Cuba meniru
• Merasa diri gagal
• Gagal untuk menjadi dewasa
• Kemungkinan berakhir dengan bunuh diri

Bagaimana untuk memperbaikinya?

Lakukan yang berikut:

• Beri tumpuan pada kehendak dan kemahuan
• Fokus dan tumpukan perhatian kepada kejayaan
• Bina jati diri
• Dapatkan bahan bacaan yang positif atau membina
• Fokus kepada kekuatan diri
• Pamerkan kehebatan atau keistimewaan diri anda

Elakkan:

• Mengkritik diri sendiri
• Mudah mengalah atau merendah diri
• Meniru orang lain
"Kegagalan itu bererti anda masih belum mencapai kejayaan"

Petua yang ingin dikongsi bagi membina keyakinan diri ialah:.

1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.

4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.

5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
dan relak.)

7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.

8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.

9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi

10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.

11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?

12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.

13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha . Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol

i-Pad gaya canggih menuju... !!




GENERASI TABLET

SELEPAS telefon pintar seperti iPhone dan Blackberry menjadi salah satu lambang gaya hidup masa kini, komputer tablet pula menjengah pasaran dan menjadi gajet yang mengujakan para penggemar teknologi.(ternampak pengacara TV3 memakainya ketika siaran di waktu pagi)

Apple sebagai peneraju telah memperkenalkan iPad bagi melengkapi senarai gajet pintarnya yang menjadi koleksi penting penggemar jenama itu yang selama ini ’taksub’ pada iPhone dan iPod Touch.

Dikenali sebagai komputer tablet dalam kalangan pengguna secara umum, jenama Samsung pula tampil dengan Galaxy Tab diikuti Playbook oleh Blackberry yang memberikan tawaran hampir sama.

“Walaupun iPad yang saya beli merupakan versi pertama dan tidak dapat digunakan untuk membuat panggilan telefon, saya masih membelinya walaupun ketika itu jenama Galaxy Tab menawarkan kelebihan itu. Kata salah seorang muda mudi apabila di tanya hal ini.

“Tujuan utama saya memiliki iPad adalah untuk hiburan. Selain permainan saya dapat berhubung dengan rakan-rakan melalui rangkaian Internet dan perhubungan sosial seperti Facebook,” katanya.


“Internet penting untuk sentiasa kekal berhubung. Selain itu dengan kelebihan navigasi, ia memudahkan pergerakan saya menerusi laman peta yang antaranya menyediakan maklumat mengenai restoran-restoran menarik di lokasi terdekat.

“Walaupun harganya agak mahal, tetapi secara keseluruhan perkhidmatan yang ditawarkan amat memuaskan,” katanya.

-------------------------------------------------------------------

Begitulah komentar remaja pewaris kepimpinan negara satu hari nanti

Apa yang penting ialah kesaeronokan dan hiburan!

Anda dan anak-anak anda bagaimana ?


Fikirkan sebelum tidur malam ini satu malam di tahun 2011