Selasa, 31 Ogos 2010
Akhir Ramadhan : Dosa vs Taubat
Setiap kita mempunyai dosa samada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja. Apatah lagi kita yang hidup pada zaman mutakhir ini, kita sering kalah dengan godaan luaran dan pujukan nafsu dalam diri kita sendiri. Kita sepatutnya berasa malu dengan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala disebabkan oleh kelemahan ini.
Walaupun begitu, ALLAH Subhanahu wa Ta’ala sentiasa tahu kelemahan kita. DIA tahu kita selalu lupa. DIA tahu kita sering gagal menghindari dosa. Dan DIA tahu fitrah manusia yang mahu kembali kepadaNYA. Betapa baiknya DIA, betapa lembutnya DIA dengan kita. Kita seharusnya berterima kasih dengan sungguh-sungguh kerana DIA sentiasa bersedia memberi keampunan kepada hamba-hambaNYA yang ingin bertaubat.
Firman ALLAH Subhanahu wa Ta’ala yang lebih kurang maksudnya:
Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar 39:53)
Malah, ALLAH ‘Azza wa Jalla sangat gembira dengan sikap hamba-hambaNYA yang mahu bertaubat dan kembali kepadaNYA. Dalam sebuah hadith, ada Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda yang lebih kurang maksudnya:
“Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun.” (HR Bukhari & Muslim)
Nah, lihatlah betapa gembiranya ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menerima taubat orang yang bertaubat. Justeru, jangan putus asa dan kecewa. Walau banyak mana pun dosa kita, insyaALLAH DIA akan terima taubat kita. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
“Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan AKU ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-KU akan AKU ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-KU tanpa menyekutukan AKU dengan sesuatu apapun, pasti AKU akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR. Tirmidzi, ia berkata, ”hadits ini hasan shahih.)
SubhanALLAH, bisa menitis air mata kita tatkala mengenangkan betapa Pemurahnya DIA, betapa Pengampunnya DIA, betapa tak kisahnya DIA akan dosa kita yang menggunung, DIA tetap akan terima kita jika kita mahu kembali kepadaNYA, betapa lembutnya DIA terhadap kita, betapa Penyayangnya DIA. ALLAH…ALLAH…ALLAH…
Peluang Besar-Besaran Untuk Pengampunan Dosa
Bagi yang berkesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadhan, kita disarankan untuk beribadah dengan penuh keimanan dan sunguh-sungguh dalam mengharapkan pahala dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Ganjaran besar berupa pengampunan dosa yang telah lalu menanti bagi mereka yang beribadah sungguh-sungguh di dalam bulan yang mulia ini.
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
Perbanyakkanlah amalan-amalan sunnat dan mohonlah keampunan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala di dalam bulan yang penuh barakah ini.
Rugi Besar Jika Tidak Diampuni ALLAH Pada Bulan Ramadhan
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Ahmad, ada diceritakan tentang perbuatan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang sedang menaiki mimbar, lalu Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam menyebut “amin” sebanyak 3 kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa tadi disebut “amin” sebanyak 3 kali? Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdo’a bahawa sangat kecewa dan rugilah bagi (1) orang yang apabila disebut nama Muhammmad, tidak dibaca solata ke atas Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, (2) orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga, dan (3) orang yang sempat hidup di dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya. Sebab itulah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sebut, amin…amin…amin.
Doa Yang Patut Dibaca Selalu, Khususnya Pada Bulan Ramadhan
Ramadhan dan pengampunan dosa tidak dapat dipisahkan. Malah, apabila ditanya oleh Aishah radhiAllahu ‘anha tentang apakah yang harus dibaca olehnya sekiranya bertemu dengan Lailatul-Qadr, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam mengajarkan doa khusus berikut untuk memohon keampunan, iaitu:
اللهمّ, انّك عفوّ, تحبّ العفو, فعف عنّي
Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni
Ertinya: “Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku…”
Lihatlah muslimin muslimat sekalian, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menganjurkan kita agar membaca doa di atas supaya diampuni dosa-dosa kita yang telah lalu. Betapa besar nilai dan makna doa ini sehingga Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menyarankannya.
Ini bermakna, ibadah memohon keampunan dengan tujuan untuk mendapat keampunan dari ALLAH mempunyai nilai yang sangat tinggi sehinggakan pada malam al-Qadr yang istimewa itu pun diajar tentang doa khusus untuk mendapat keampunan ALLAH. Justeru, janganlah ditinggalkan memohon ampun kepada ALLAH banyak-banyak disamping lain-lain ibadah sunnat dan hajat yang ingin dipohon.
Perbanyakkanlah memohon ampun di dalam bulan Ramadhan ini…
Aidilfitri Meraikan Kembalinya Insan Kepada Fitrah (Tidak Berdosa)
Dan jika kita lihat makna di sebalik Aidilfitri, iaitu hari yang disambut muslim selepas habis Ramadhan, ia bermakna Hari Raya Fitrah. Iaitu meraikan kejayaan muslimin dalam menjalani ibadah pada bulan Ramadhan dan yang paling penting ialah mendapat pengampunan dan kembali kepada keadaan fitrah manusia iaitu tanpa dosa. Itulah sebenar-benar perayaan Aidilfitri dan sebenar-benar pencapaian Ramadhan, untuk menjadi manusia yang bertaqwa dan penghapusan dosa-dosa.
Amatlah malang sekiranya hari raya Aidilfitri dicemari dengan dosa dan maksiat, walhal hikmah utama Aidilfitri ialah untuk meraikan keampunan dosa manusia hasil dari kebaikan Ramadhan yang telah dilalui selama sebulan lamanya. Dengan syarat dilalui Ramadhan itu dengan ‘imaanan wahtisaaban’… iaitu dengan penuh keimanan dan mengharapkan sungguh-sungguh pahala dari ALLAH.
Mudah-mudahan tulisan ini dapat menimbulkan rasa keinsafan buat diri saya dan kalian semua dalam berusaha untuk kembali kepada ALLAH. Kembali kepada ALLAH dengan makna untuk 100% beriman kepadaNYA melalui hati, lisan dan amal. Kembali mengamalkan sunnah-sunnah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam ke dalam setiap cara hidup kita.
Semoga kita semua beroleh Taqwa dan diampuni ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Dan akhir nanti kembali bertemuNYA dalam keadaan tidak berdosa. ALLAH redho dengan kita, kita redho dengan ALLAH… amin.
www.muzir.wordpress.com
24 Ogos 2010, 14 Ramadhan 1431H
_______________________________________________________
Petang isnin semasa di pejabat UHEi, deringan hp berbunyi .. rupanya Haji Omar sahabat lama di Au1a menalipon..Apa agaknya ! rupanya dia berhajat menjemput membimbing qiamullail pembuka. lebih2 lagi dia dilantik menjadi Nazir surau selepas perlantikan baru..
Namun bagaiman Kuliah suboh di kajang Utama..jauhnya..namun setelah berbincang hanya sisi Qiam shj..
Malam tadi selepas Bertearwih bersama 3 saf atlet di casa 2 mataku mulai mengatuk...Atlet tergelak apabila menceritak situasi malam 21 dengan perumapamaan pemain badminton di set ke 3..iyerla kalau orang sukan tak dieeceritak demikian macam mana la mereka nak faham dan mengerti kan!!
Ana tertidor sampai 2.30 pagi terus pulang bersiap ke Au1a dan tepat hampir jam 3.47 pagi di mulai dengan Solat Tasbih seterusnya Solat taubat dan Solat hajat...
tepat jam 5.25 pagi setelah bersahur dengan nasi goreng bersambal terus memcut ke Kajang Utama..
Aku tiba dan jemaah sudah di rakaat kedua dan terus bersama jamaah
lama pula kulaih today jam 7.24 pagi baru tamat kuliah..
hujjah dari Ibnu hajar, ibu Arabi dan Ibnu munir termasuk Imam Baidhowi ku gunakan bagi menyakikan diri dan jamaah bahawa potensi Ramadaniyyah WAJAR digembeleng untuk membentuk diri ,kelaurag dam\ummah yang HEBAt sesuai dengan kehebatan RAMADGHA, jika tidak sekarang bila lagi? nak tungghu tahun depat jika panjang umur !!
Habis berjemaah dapat berkanalan dengan 2 orang sahabat..kawan us Nizam org nogori dan satu haji bisneman dari BTR yang tertarik bile diberitahu bhw ayah dan ibuku akan menunaiakn umrah akhir ramadhan dia tak pernah dapat walau byk mencubanya..
Wahai ibu dan ayahku..selamat beribadah..dan kepada Angah terima kasih kerana melorong ibuayah dengan amaln yang berterusan..semoga Allah merahmati suahamu dan diberkati ahli keluarga yang ditinggalkan,...
Ohya disini ada pautan Ybhg Dato KP MSN berucap untuk warga sukan menjelang raya
http://msnuhei.blogspot.com/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan