Ahad, 26 Jun 2011

Surga itu Indah wahai Ayah Ibu

Assalamualaikum semua pembaca blog Ibnusyabab bahawa syurga itu indah... 
Teringat falsafah blog al marhum ustaz asri rabbani bahawa sebelum mengecapi nikmat surgawi di akhirat pasti kita menraih nikmat surgawi di dunia terlebih dahulu.
Nikmat berAyah dan berIbu adalah nikmat yang sangat BESAR
Ada sahabat memberi nasihat menggunakan masa itu berbakti kerana dia sudah kedua2nya tiada termasuk sebelah mertua. Terasa sunyi sepi dunia.

Hari Ibu dah berlalu dan Hari bapa masih berjalan..Mereka bukan berhari dengan kita namun bertahun-tahun bersama kita sejak kecil..
Marilah kita berusaha mengembirakan mereka dan JANGAN menyakiti hati sanubari mereka.
Wahai Ayahanda Hj Abu Bakar Md Yaasin dan Ibundaku Hjh Halimah Lebai Milin 
Ampuni segala salah silap ku, Senantiasa reraung mata ku tergambar wajah mu yang bersusah payah mencari rezeki menampung kelauraga, menjagai bahkan mendidik ku. Kekaguman ku ialah 8 orang anak dikau menjaga. Kini diriku baru 4 pun sudah terasa sukar dan payah di zaman yang mencabar ini.
Tidak dilupai mertua Hj Ngah Long dan Hjh Maimunah yang terzahir sudah keuzuran mereka semoga diberikan kekuatan afiah meneruskan perjuangan hidup ini.
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapa. Baginda s.a.w. bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT)akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT)) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


Ya Allah, di bawah langit mu akan ku berusaha sedaya ku untuk menjadi anak soleh buat mereka dan menjadi Ayah mithali buat anak2 ku sekaligus menjadi sebab melorongi mereka ke surga Mu yang Indah..Ameen

Benar surga itu INDAH. Klik sini

Sabtu, 25 Jun 2011

beberapa hari meninggalkan Rejab 1432H



Perkara yang kedua ialah kehadiran Rejab ini,     sebenarnya merupakan bermulalah persiapan
 
untuk menyambut Ramadhan secara rasminya. 

Rajab dan kemudiannya diikuti oleh Sya’ban merupakan mukadimah rasmi kepada Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan mempunyai signifikasi yang sangat tinggi dengan kerohanian ummah.

Saya teringat satu buku sederhana yang bertajuk ”Fadhilat Ramadhan” tulisan Hadrat Syaikhul-Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi.

Buku kecil ini bukan sahaja memperkatakan tentang kelebihan dalam bulan Ramadhan, malah turut membincangkan apa sebenarnya persiapan yang perlu dibuat bagi memaksimumkan manfaat dapat bertemu dengan Ramadhan.

Sekiranya kita meneliti kehidupan Rasulullah SAW dan para Sahabat RA; adalah begitu jelas betapa sensitifnya mereka dengan apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan Akhirat. Bagi mereka, Ramadhan adalah satu perkara yang begitu ditunggu-tunggu. Ditunggu dengan penuh kerinduan. Ramadhan dinanti dengan penuh iman dan ihtisab. Dengan penuh cinta. Semuanya ini kerana mereka faham, apa itu sebenarnya Ramadhan.

Imam Ahmad dan At-Tobarani telah meriwayatkan bahawa, apabila tibanya bulan Rejab, Rasulullah SAW akan berdoa dengan doa ini:


اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان


(Ya Allah, berkatilah bagi kami di dalam Rejab dan Sya’ban ini, dan ketemukanlah kami dengan Ramadhan!)

Lihatlah, kata-kata doa ini adalah lahir daripada hati dan bibir Rasulullah SAW yang suci-murni. Inilah gambaran kesungguhan dan sensitifnya Rasulullah SAW dengan kehadiran Rejab.


Kita pula, bagaimana?

Nota asal adalah dari Blog Ustaz Gunawan

Jumaat, 24 Jun 2011

HMS, Mikraj dan Rejab


Tanggal 24 Jun 2011 (Jumaat) lalu mendapat panggilan dari Ustaz Muhyiddin Abdul Aziz Bahagian Sumber KBS. Saya dipinta menyampaikan sedikit tazkirah sekitar tajuk Israk Mikraj dalam Majlis Penghayatan Al-Quran KBS di surau tingkat 1. Ini adalah kali ke 2 rasanya berpeluang datang ke KBS menyampaikan dakwah. Prtama pada 2 tahun lalu di surau DCA dan ke 2 ini lah masanya.

Biasanya sekadar membaca doa atau menghadiri program anjuran KBS.


Saya bersetuju dan hadir bersama us dahlan menemani permusafiran. Porgram agak ringkas berbanding MPPQ versi MSN. Setelah habis doa Yaasin oleh Ustaz Mahyuddin, beliau terus menjemput saya memberikan tazkirah berdasarkan ibroh dari Irak Mikraj.

Saya cuba menyimpulkan kepada peta MInda HMS(hati-Masjid-Solat) dan saya tinggalkan 3 huruf itu untuk sama-sama hadirin dapat mengemblengkan ketiga-tiga huruf itu dalam detik perjalanan hidup ini.

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. HATI-

Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Syaidina Ali ra dalam atharnya ada menyebut bahawa " Bagi Allah di atas bumi ada bejananya" Ketahuilah bejana Allah itu ialah hati insan" Jagalah hati kita. Jaga niat kita..Orang cina biasa sebut "hati mahu baik maaa" Biarkan hati selalu berkata,mengingat dan mengadu kepada Allah. Isyarat ini timbul apabila Hati yang dibedah bukan sekali bahkan 2 kali. Ianya berlaku sebelum  peristiwa israk dan semasa usianya  5tahun. Kenapa hati ? tidak otak? tidak peut? Betapa pentingnya hati..Betapa seriusnya Islam terhadap daging bernama HATI...


2. MASJID

bagaimana reponsibilati kita dengan rumah Allah. Maybe kita sibuk nak beli rumah, nak besarkan rumah dan nak tambah rumah lagi besar. namun bagaimanan rumah Allah di kawasan kita.? Sudahkah kita mengimarahkannya? Nabi saw saebut " fashad lahu bil Iman " kepada orang yang istiqomah datang ke surau. Dalam peristiwa israk mikraj Nabi bermusafir dan berjalan di anatara masjid ke masjid dan kawasan itu diberkahi Allah swt.

Barangsiapa yang membangun masjid ikhlas karena Alloh, maka Alloh akan membangunkan baginya yang serupa dengannya di Surga (HR. Muslim)

3. SOLAT 

Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.


Jumpa lagi...n jangan gelak besar sekadar senyum pun okay

Khamis, 23 Jun 2011

Simpulan Bahasa : Alah bisa tegal biasa


Kini pembantu rumah dari Jawa sudah pulang bercuti ke Indonesia..Entah mahu pulang kembali bertugas atau sebaliknya pun kurang pasti.

Yang pasti urusan rumah tangga terganggu sedikit sebanyak.....


Kesian buat zaujah yang terpaksa bertungkus lumus dengan urusan anak-anak, belajar dan kerjaya. 


Ana memang kena bantu dengan sekadar yang mampu. Terduduk sebentar! 


..dengan assignment course  yang kena siap dengan dateline yang dah jadi deadline

Namun bila dikeluhkan kepada sahabat yang pernah berpengalaman hal ini, Dia memberikan jawapannya ialah ringkas namun padat isinya.

'alah bisa tegal biasa' 

Apa maksud, 


Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang jika kita sudah terbiasa dengannya.

Atau 

Perkara atau kerja yang susah/sukar menjadi senang kalau selalu dibuat/dilakukan.


Contoh ayat:
Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.

Atau :

Ramadhan dah dekat, jomlah berlatih berpuasa sunat alah biasa tegal biasa..

Selasa, 21 Jun 2011

Mung Nnelang !








Ditanya orang apa itu maksud Nelang?...terkedu dulu ingat sekarang tak berapa ingat



Sahabat dari darul iman bagi jawaban iaitu


"Berani yang amat sangat,

Jikalau terjatuh dia bangkit kembali untuk melawan, Jika 

berdarah luka sedikit tetap teruskan berlawan: 


Lebih kurang bermaksud Berani Keterlaluan..


Ini dialek orang kuala Berang yang kemungkinan orang 


terengganu pun tak maklum sangat..



Orang Kelantan sebut 'nele'

Jika 2010 Nelang, tahun 2011 Hanelang..
jika tahun depan 2012 di kuantan gapo ppulok ?

Rabu, 15 Jun 2011

Sukma 2011-(2)-Di sebalik sebuah Kejayaaan



Sungguh betapa kenangan mentarbiyyah adik2 Atlet Hanelang dari Darul Iman cukup mengimbau seribu satu kemanisan yang tidak tergambar..

Kem Jenagor ABM jadi saksi dalam 2 sesi awal selama 4 hari bersama adik2 membuka tirai bahawa sukan juga seiring dengan kekuatan kerohanian. Solat adalah asas bahkan TIANG kejayaan. bagaimana daie wajar bergelanggang dihadapan atlet untuk YAKIN berbisik bahawa kejayaan (baca :Emas berkilau) jika SOLAT dijaga..hubungan dengan Allah amat INTIM.

Rujuk artikel terdahulu, klik disini.

Mungkin itu yang berlaku..setelah dengan aktiviti berakit di sungai Kenyir, membersihkan bergotong royong di masjid dan mendaki bukit banjaran Kenyir menjadi saksi pejal..


Namun ruh perjuangan seterusnya disinergikan itu dibawa ke kem akhir di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ..6 hari berbaki untuk dipasakkan lagi dan lagi..dengan solat berjemaah, Tazkirah, Kuliah, Sesi SS setiap pasukan dan Qiamullail.

Tahniah cikgu misrah jurulatih  kerana amat bersungguh dalam membina kekuatan kerohanian pasukan bola jaring Terengganu. Hampir 4 malam berturut mendirikan qiam walau penat fizikal namun mereka sudah mengenal kenikmatan bersamaNya.

Jawapan mereka apabila sudah melalui Qiam di hari ke 4, mereka sudah tidak penat lagi..sungguh teruja..
Akhirnya Allah memberikan keputusan dengan Pingat Perak dan WP mendapat Emas..Tentu banyak lagi pra syarat kemenangan yang belum ditunaikan..untuk sebuah kejayaan..

Hari terakhir kem fasa akhir, Amanat dari Dr Izham Nayan membakar jiwa dan raga yang mana semalamnya Azizul Hasni dan Nafizwan (skuasy) turut memotivasikan 267 atlet dengan tips -tipsnya.



Malam ke 13 Jun 2011( malam penutupan)

Hari Ini malam Ini terengganu telah dinobat JUARA kali ke 3 berturut-turut. ana tergambar reruang mata ini wajah Encik Ibni Amin. Kenangan 2005 Sukan Negara Islam bersama membangun erti sebuah method membangunkan jatidiri remaja atlet Malaysia di Arab Saudi dibawah kepimpian Jeneral Tan Sri Dato' Zain Hashim (CDM) tika itu ..



Ya..terima kasih kerana membuka lelorong yang kini setelah 3 thn ianya berubah menjadi lebuhraya..

Puas kerana merekalah yang memenuhi reruang saf muslimin dan muslimat di Surau Kolej Zaaba UKM dan di Surau casa pada malam terakhir malam penutup di malam itu. Tergiang-giang lagi ungkapan keramat Pok Mat setelah mempengerusikan ceramah Dr Izham bahawa  EMAS akan berkilauan dan bergegar di bukit jalil, kini menjadi realiti...

Sempat bersembang dengan coach acap (syahrul) beberapa keajaiban dalam sukan rowing mereka mencipta emas,mengkagumkan..Subhanallah.

Allahuakbar..

Ana puas namun belum puas kerana medan dakwah dalam dunia sukan terlalu jauh ke hadapan..Siapa lagi yang sanggup bersusah payah dalam perjuangan ini !..apapun terima kasih kepada En Rashid Yaakub kerana dengan kemahuannya JK kerohanian SUKMA digerakkan pada kali ini bersama puan Hajah Siti Aishah, us Rafi (usim) dan us Hasni (ukm)

Sekalung tahniah buat Tuan Hj Zainal dan juga Dato Wan Ahamad (CDM) dan seluruh kekuatan Kontijen Terengganu,barisan coach, pengurus dan atlet..

Maafkan ustaz atas kekurangan yang terzahir sepanjang ustaz menemani kalian namun itulah dunia perjuangan hidup kita belum berakhir kerana GOAL bukan sekadar EMAS yang BERKILAU atau lagu Negeri dinyanyikan..

Namun GOAL hakiki kita ialah REDHA ALLAH swt juga..persoalan solat, jenis bentuk pakaian dan pergaulan wajar ( baca : wajib) diperhatikan oleh kepimpinan tertinggi sukan negara untuk memastikan sukan adalah method anak muda berinteraksi dan bersosial dalam lingkungan ibadah dan mendapat rahmat serta pahala.

Akhirnya lihatlah dan saksikan lah apa kata Zulfadhli pemain terbaik Bola Baling ketika mendapat EMAS terakhir petang ahad itu.

Tahniah khas buat akh syafiq ketua pasukan handball yang memastikan kerohanian all atlet dalam keadaan maksima..termasuk coach nasri dan cikgu nazri managernya.

Tips KEJAYAANnya klik Punca kejayaan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOSMO ISNIN 13 JUN 2011
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil itu, Terengganu menewaskan Kelantan 15-12.
Pemain Zul Fadhil Hanafi Muhammad yang menyumbang lima jaringan pada perlawanan tersebut berkata, faktor keletihan dan kecederaan yang dialami rakan-rakanya bukan halangan untuk beraksi baik.
Kekuatan Terengganu terletak pada kerohanian. Sememangnya kami menjangkakan akan memenangi pertandingan akhir ini,” kata Zul Fadhli

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SUKMA 2011- Antara Method & Peluang Da'ie (1)

Pengalaman mengendalikan program kerohanian Spritual Strenth(SS) sebelum pertandingan sudah ada. Namun bila bermedan dan bergelanggang,jarang sekali berpeluang.

Ini merupakan pengalaman ke 2 selepas Sukan Negara Umat Islam 2005 di Arab Saudi.  
Mana tahu SEA Games di Indonesia 2011 ada peluang. 
Jika ianya arahan atasan maka SYMP kena diamalkan..apa tu SYMP. En Ali dari MSNT tersenyum sambil info Saya yang Menurut Perintah(SYMP) ..kalimah keramat untuk anggota perkhidmatan awam..saya tersenyum tanpa kata-kata

Namun SUKMA ke 14 kali cukup menarik untuk dikongsikan bersama mana tahu jika ada pandangan atau idea lain yang boleh berkongsi mahupun dicerahkan.

Sebenar Skuad Kontijen Terengganu sudah kali ke 3 menjemput saya untuk bersama membentuk satu pasukan yang kuat dan mencakupi kekuatan kerohanian. Selain kekuatan fizikal oleh jurulatih yang dilantik termasuk kekuatan minda strategi setiap pasukan.. Namun kekuatan kerohanian juga tidak dipinggirkan .
Idea asal dari En Ibni Amin dah dapat dirasakan manisan di tahun ke3 walaupun diperingkat awal ada kesukaran dari semua peringkat. Yerla tentu pelik bila bersukan kena jaga solat, kena jaga zikir dan macam-macam lagi..

Ini bukan mudah. 

Kolabirasi dengan dari pengurusan MSNT, pengurusan.pengurus, jurulatih dan para atlet amat didambai walau saya bukan orang Terengganu namun mereka boleh terima bahkan menyambut baik..


TAHNIAH & TAHNIAH..ada sambungan...


Sabtu, 4 Jun 2011

Perginya Ikon Dai'e ku..

senantiasa ceria menyambut tetamu Darul Atiq

KUALA LUMPUR, 3 Jun: 

Pendakwah terkenal, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam di Hospital Selayang akibat sakit tua.


Allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan (JAIS) lebih 20 tahun dan akibat kelantangan beliau menegur ketidak-adilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.



Menurut cucu sulungnya, Abdullah Omar, datuknya berusia lebih 70 berasal dari Bagan Datoh, Perak berdakwah sehingga akhir hayatnya kerana dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.


Rumahnya yang zuhud dan sederhana




Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an,  anak (13), sulung dalam usia 43 dan bongsu sekitar 20an, cucu (60) dan dan cicit (30).



Jenazah disolatkan di Perkampungan Islam Darul Atiq yang didirikannya sendiri pada  jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Rasa.



Catatan sahabat Sunainai Pandan :( Saya hadir ziarah dan sempat menatap wajah jenazahnya/solat jenazah bersama ribuan jemaah. sms sahabat melihat wajahnya munawwrrin awie.).

Antara foto terkahir Al-fadhil

Subhanallah..benar janji Allah kepada pejuang agama sepertinya...teringat semasa remajaku di SAMER, dialah yang banyak mendidik dan mentarbiyyah diri ini..beberapa pernah bermalam di Darul Atiq pasti nyamuk dan kicauan burung bermain di memoir diri ..terbang lah menggapai tinggi.



Anata pesanan Ustaz Ghazali, "Tahajudlah, kerana itu amalan Rasullulah. Dengan tahajud wajah kita berseri, senang dunia dan dipermudahkan. Apa guna rumah besar, kalau kubur kecik?"

"Apa salahnya kita bagi derma lebih sikit. Asik-asik seringgit sahaja. Bagi lah sepuluh lima puluh ka. Hari-hari kita makan cukup, makan sedap. Korbanlah makan sehari dalam setahun untuk kita fikir dibelakang sana ada yang perlukan duit itu"

Atas usaha berterusan, kini Ustaz Ghazali meneruskan perjuangan menjaga pusta ini di Batang Kali dengan melibatkan penghuni sakit mental, masalah akhlak, anak yatim, anak tidak beribu bapa dan orang tua. Manakala di satu kawasan lain ditubuhkan satu lagi Pusat Tahfiz dan pembelajaran khas untuk menyambung belajar di Timur Tengah. 

Malah lebih membanggakan apabila ia turut dibuka di Indonesia atas usaha beliau dan anak murid beliau yang dididik lama dengannya.
Untuk berderma atau bersedekah kepada Darul Atiq, boleh berbuat sedemikian kepada:

Pusat Tarbiah Islamiyah Darul Atiq
Kg Melayu Rasa
Batu 341/2
44200 Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan

Akaun Maybank: 162076546024
Tel: 03-60574869
H/P: 019-3298799