Ahad, 21 Ogos 2011

Mari Tewaskan Nafsu..


Ramadhan: Mari Kalahkan Nafsu


Nafsulah yang sangat menghalang diri manusia daripada bertaqwa. Oleh itu langkah pertama untuk bertaqwa ialah memerangi hawa nafsu itu. Nafsu mengajak kita lupakan Allah, lalai akan-Nya, tidak peduli akan-Nya, tidak menyembah-Nya dan melanggar perintah-Nya.

Nafsu menghalang kita daripada bersyukur kepada Allah, daripada sabar dengan Allah, daripada redha dengan Allah, daripada tawakal dan harap kepada Allah. Maka lawanlah nafsu kita agar hati tidak dikuasainya, supaya kita syukur, sabar, redha, tawakal dan harap kepada Allah.

Nafsu mendorong kita bersifat sombong, takabur, hasad, dengki, dendam kesumat, buruk sangka, bakhil, cinta dunia, pemarah, kasar, ujub, riyak dan lain-lain sifat mazmumah.

Oleh kerana sifat nafsu yang asal (ammarah) itu sentiasa mengajak, mendorong atau menyuruh ke arah kejahatan, maka nafsu itu perlu dilawan, dikalahkan dan dilumpuhkan segala kehendaknya. Ajakannya mesti kita lawan. Kita ajak hati kita berazam untuk menjadi hamba Allah yang sedar dirinya hamba, punya sifat kehambaan dan berakhlak sebagai hamba seperti merendah diri, berkasih sayang dengan orang mukmin, pemurah, berbaik sangka, pemaaf, lemah lembut dan lain-lain. Berjanjilah dengan diri dan bersungguh-sungguhlah untuk membuang sifat mazmumah supaya  diganti  dengan sifat mahmudah itu.

Allah SWT perkenalkan sifat nafsu kepada kita:

وَمَآ أُبَرِّئُ نَفۡسِىٓ‌ۚ إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ

“Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 12:53)

Kerana itu juga Allah SWT perintahkan berpuasa, kerana puasa itu salah satu cara untuk melawan nafsu. Perintah puasa itu matlamat akhirnya agar kita memperolehi taqwa.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqarah: 2:183)

Sila rujuk Blog ustaz Fadli Yusof di sini

Melatih Diri Menahan Nafsu dan Syahwat


Satu artikel lain dalam I luv Islam cukup baik untuk direnungi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan