Antara atlet yang hadir..Amirul Hamizan (angkat berat)
Peluang yang diberikan untuk bersama-sama dengan atlit program 2010 dalam kem motivasi KOSMAS tidak dilepaskan begitu sahaja. Berjemaah maghrib berzikir, bermunajat dan berdoa seterusnya menyampaikan lontaran idea mengenai “keperluan rohani sebagai insan” hanya 15 minit namun ianya amat bererti kepada atlit muda yang tercari-cari manakah lagi kekuatan yang membantu mereka dalam karier meraka (baca : hidup dunia akhirat mereka)
Terima kasih daun keladi kepada Cawangan Elit yang sudi menjemput saya menyerikan sesi latihan motivasi KOSMAS di Kem Nur Laman Bestari Ampangan Batu baru-baru ini.
Namun jangan serik jemput uhei, uhei akan seiring bersama membentuk jatidiri sebenar atlet negara
Inilah keperluan kita insan terbentuk dari 3 elemen iaitu jasad, minda dan ruh.
Ingatlah walaupun tidak sebagai atlit apatah lagi sebagai insan yang senantiasa mencari goal (matlamat).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan