Jumaat, 9 April 2010

Syahdu Mac itu !

Mac yang bersejarah buat diri ku

Di antara perkara yang dinantikan warga MSN setiap bulan ialah Perhimpunan Bulanan. Nak dengar segala bentuk pemakluman. Di samping mana tahu ada rezeki menang bertuah dan pemenang pekerja terbaik. Aturcara wajib ialah Lagu negaraku ,lagu perkhidmatan awam seterusnya ucapan aluan pengerusi tuan haji Subri diikuti dengan bacaan Doa oleh saya. Kemudian diikuti dengan Ucapan Datok KP Datok Zolkples.

Memang terkejut selepas mendengar nasihat dan info dari Datok KP tiba-tiba sesi pekerja cemerlang bulan Mac nama saya diumumkan. Terkejut dan kaget. Kaki melangkah gagah naik ke pentas bersalam utuh tangan Dato Kp. Lidah mengucapkan fasih mengucapkan terima kasih. Tangannya ku gengam sebagai suatu bentuk menzahirkan penghargaan kepimpinan diatsa pemilihan diri ini. Ulasan Tuan Haji Subri pemilihan ini berkaitan kejayaan sempena Sambutan Maulidurrasul MSN/ISN yang dibuat secara kerjasama dan dimulai dengan perarakan.

Sedar tak sedar sudah hampir 9 tahun bertugas di Bukit Jalil bagaikan sinonim dengan diri ini.

Motto 'kekuatan ruhani dicanai kejayaan digapai' akan terus thabat dan mekar dikalangan warga sukan..

Terima kasih semuanya khasnya anggota uhei yang membantu.

Marilah kita berjihad memperjuangankan dakwatulislam kepada warga sukan..

Sesungguhnya do'a pagi hari itu sungguh syahdu.


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.Tahniah..Mubarak kekanda Ust Hasnol.Siiru 'ala baraktillah

    BalasPadam