Khamis, 8 April 2010

Exco Kelab & Amanah lagi..


Petang ini diberi AMANAH lagi..

Mesyuarat JK Kelab Kebajikan dan Sukan MSN sesi 2010-2012 memutuskan agar diri ini terus diberi kepercayaan memegang potfolio sebagai pengerusi Biro Pembangunan Ahli bagi sesi 2010-2012.

Terharu lalu terfikir apa lagi dan method apa lagi wajar digunakan untuk membangunkan ahli-ahli Kelab. Nama pun Biro pun “pembangunan Ahli”..terasa berat ditaklif membangunkan warga sukan, pegawai sukan dan ahli keluarga mereka yang arusnya perdana ialah sukan. Insyallah Allah membantu.

Sekalung penghargaan kepada kawan-kawan dari AJK kecil Biro sesi lalu yang banyak membantu seperti Sdr Zafifi, Puan Ain, Hjh Siti Aishah, Us Dahlan, Sdr Isrulnaim, Us Borhan (kini di USM) dan lain lagi yang tak dapat disebutkan disini.

Terima kasih kepada ahli kelab yang menyokong dan memberi kepercayaan ketika MAT berlangsung pada 30 Mac yang lalu. Syukran kepada Encik Rashid PBT yang mencadang nama.

Sebelum mesyuarat JK bermula setiap AJK dipinta menulis biodata diri dan tertera “ Adalah kami dengan ini mengesahkan bahawa semua ahli Jawatankuasa di atas tidak kehilangan kelayakan memegang jawatan di bawah Seksyen 9A dan Seksyen 49 Akta Pertubuhan 1966”

Kini Biro-biro dalam Kelab seiring perubahan massa. Bertambahnya biro baru seperti Biro Komunikasi yang diterajui Cik Nurehsan Hassan (Pelapis) dan Puan Ku Asmah (cc) menerajui Biro Kebajikan& Wanita. Biro Pembangunan Ahli pula oleh saya dibantu oleh Encik Zailani Che Wail ( ISN), Biro Sukan pula oleh Encik Saari S(Elit) dan Biro Rekreasi pula oleh Encik Zulkefle Blood (ISN).

Beberapa cadangan dahulu kala sudah diterima mesyuarat antaranya cadangan taska dan penjagaan kanak-kanak,isu chaley di P.Dickson dan kiosk kelab. Presiden Tuan Haji Ir A.Razak juga ada menyebutkan mengenai Hari Terbuka Kelab yang dicadangkan pada tahun ini.

Apapun tahniah kepada barisan AJK yang baru.

Selamat berjuang di medan sosial ijtimiyyah..

sila ke web ini senarai AJK terkini

http://nsc.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=905


Tiada ulasan:

Catat Ulasan