1. Saya bersimpati kepada keluarga adik ini dan berharap pembaca blog beragama islam menyedekahkan Al-Fatihah. Saya berharap keluarganya redha kalaupun sedih dengan insiden yang berlaku.
2. Acapkali ditanya pendirian saya tentang insiden seperti ini. Dan acapkali saya akan memberi jawapan yang sama; biarkan siasatan berjalan lancar dahulu sebelum kita membuat spekulasi yang terlampau. Saya amat yakin, sekiranya ia terbukti berlaku kecuaian atau kesalahan, pucuk pimpinan PDRM juga tidak akan melindungi tindakan yang tidak diluluskan oleh undang2.
3. Seperkara yang menarik perhatian saya adalah karenah remaja. Hari ini kita melihat banyak kes remaja cuba melarikan diri daripada tahanan yang sah oleh polis, JPJ atau pihak berkuasa. Di Pantai Timur, pernah seorang remaja bermotorsikal melarikan diri bila ditahan pegawai JPJ dalam satu sekatan jalanraya mengakibatkan dia terjatuh atas kegopohan untuk lepasdiri. Hasilnya, pegawai JPJ itu dipukul oleh orang berhampiran dan dipersalahkan.
4. Begitu juga dalam tragedi kemalangan bilamana ibubapa remaja penunggang motorsikal yang mati berlanggar dengan kenderaan lain. Pasti pemandu itu yang menjadi sasaran. Dan banyak lagi contoh lain.
5. Yang menjadi masalah bagi saya adalah apakala kita gagal menghentikan kebinasaan ini. Kita, orang dewasa, membiarkan sahaja anak saudara, anak, anakbuah atau remaja kenalan kita memandu atau menunggang tanpa lesen. Kita benarkan mereka atas alasan tersendiri seperti nak ke sekolah, ke kedai sekejap, ambil adik tuisyen dsbgnya. Tak termasuk yang curi curi memandu kereta ibubapa atau motorsikal keluarga. Kita yang benarkan bila kita beri izin atau tak sorok kunci.
6. Apakah kita terlupa bahawa mereka ini tidak layak menunggang atau memandu kerana tiada kelayakan seperti lesen. Akibatnya, semua akan cuba lari bila ditahan atau merempuh sekatan jalanraya. Lupakah kita bila tiada lesen, ini bermakna mereka belum diperakui layak mengimbangi dan mengendali jentera itu. Bila tidak layak, ini bermakna ilmu mereka cetek. Bila ilmu cetek, respon mereka terhadap cabaran di atas jalanraya sangat tumpul dan membahayakan nyawa mereka sendiri dan orang lain. Dan bila terlibat pulak dalam kemalangan kecil, mereka akan sedaya upaya cuba lari!
7. Bagi remaja, kelebihan memandu kereta dan menunggang motorsikal, kalaupun tanpa lesen, adalah aset untuk menunjuk. Tambahan pula dapat mengelak cubaan tahanan pihak berkuasa; sah sah jadi bahan berbangga dengan kawan seangkatannya!! Walhal, kalaupun ditahan, dia akan hanya disaman, keluarga akan dipanggil dan itu sahaja. Tetapi, remaja tetap akan memilih untuk melarikan diri walaupun terpaksa melanggar sesiapa pun! Kenapa? kerana hak berbangga itu.
8. Bercakap tentang hak, jangan terlupa bahawa hakikatnya, sesiapa juga di Malaysia dilindungi oleh undang undang yang sama. Seksyen 99 dan Seksyen 100 Kanun Keseksaan jelas menyebut hak ini. Hak mempertahankan diri. Tertakluk kepada Seksyen 99, seseorang, mengikut peruntukan Seksyen 100 kanun yang sama, boleh melanjutkan hak mempertahankan diri walaupun membawa kematian dalam 6 keadaan-(saya ringkaskan supaya senang difahami)
a) Perbuatan yang diyakini boleh mendatangkan kematian SERTAMERTA kepada dirinya atau oranglain
b) Perbuatan yang diyakini boleh mendatangkan cederaparah SERTAMERTA
c) Serangan bertujuan ROGOL
d) Serangan bertujuan LIWAT
e)Pecahrumah malam hari
f) Khianat api.
9. Jadi, apabila ada laporan media atas insiden seumpama dan dengan hadirnya elemen ketakutan munasabah serta keadaan2 seperti di atas, saya harap kita semua dapat menantikan hasil siasatan supaya kita tidak dimanipulasi oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan cuba memperbodohkan kita dengan meniupkan pelbagai sentimen kononnya demi menuntut pembelaan walhal sebenarnya untuk cerita dijaja demi kepentingan mereka sendiri.
Rujukan http://kamalfndhashim.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan