Khamis, 8 April 2010

Inikah Perbahasan Parlimen !




Menyaksikan perjalanan perbahasan Parlimen adalah sesuatu yang dinantikan. Inilah pengalaman pertama setelah menjawat sebagai pegawai dalam perkhidmatan awam. Sebelum ini pernah 2 kali ke tempat menggubal undang-undang namun dalam situasi yang berbeza.

Firstly sebagai pimpinan Dewan Tertinggi Pelajar (DTPKUSZA) dahulu ketika d peringkat Diploma KUSZA 1993 dan kali kedua ketika menemani kawan bersama salah seorang Ahli Parlimen ketika itu. Kali ini rasmi berpakaian bertai dan berkot hitam, segak kot.


Hari ini menjadi sejarah kerana menyaksikan live hampir lebih 2 jam lebih Ahli Parlimen dari Pakatan Pembangkang dan Kerajaan bertikam lidah isu yang muncul apabla MP dari pokok Sena menyebut “ Umno Apco” sebanyak 2 kali lalu MP dari kuala Kurau membuat usul membawa MP Pokok Sena ke JK Tattertib. Lalu timbul tidak puas hati dikalangan MP Pembangkang. Sehinga tuan timbalan Speaker menangguhkan perbahasan keesokkan hari nya. Isunya hanya remeh .Ini berpunca apabila "sesuatu tidak mengikut peraturan maka timbul kekeliruan. Wajarnya Speaker kena bijak memberikan keputusan yang tepat dan berhikmah. Info lanjut sila dapatkan Berita Harian khamis 8 April 2010 muka surat 8 untuk maklumat lanjut..

Selepas asar bertemu adik angkat dari SMAP Labu sdr saifulislam..cerah wajahnya..kini menjadi pegawai PTD yang bertugas sepenuh masa di parlimen.

Petang itu ketika melayani jammed dari Jln Duta ke Bukit Jalil sempat lagi mendengar segmen kerusi panas 93.9fm mengenai peluang team badminton memnangi piala Thomas, macam-macam idea dan saranan semoga pihak berkaitan dengan sukan tersebut mendengar dan melakukan sesuatu untuk melaksanakan hasrat hati rakya msia..(dapat bercakap dengan Encik Macklin untuk membuat program keagamaan khas untuk atlet dan jurulatih badminton Piala Thomas -semoga di samping memaksimakan fizikal jangan lupa Allah adalah penentu segalanya)

Sebelum maghrib dapat berjemaah dengan adik2 pelajar di surau jumaat ILP dan membincangkan buku “At-Taqqarrub ilal Allah dan 12 cara “ dengan 40 pelajar dapat bersama.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan