Selasa, 19 Oktober 2010
Sejarah kecik YANG Besar !!
Alhamdulillah syukur kepada NYA ,
1 lagi koleksi kebaikan berusaha dalam memartabatkan kerohanian dalam dunia sport bercambah..Ya 18 Oktober 2010 (Isnin) hari bersejarah..Ustaz Dahlan telah memulainya..setelah pasti azan berkumandang dari radio ikim.fm pejabat UHEi ,ana terus melakukan miss call seperti dijanjikan. Akhirnya laungan azan secara audio (pakai cd player zaidi) berjaya dimulakan. 2 sms diterima dari PBT dan KCP..tahniah kepada kepimpinan yang mahu rahmat NYA selalu bersama warga sukan seiring kejayaaan di Komanwel Games yang diharapkan berterusan ke Asian Games..
Selagi mana agama dan solat dijagai pasti Allah akan menjaga dan menolong hamba2nya..
Jadi ana bawakan nota mengenai Azan ( nota asal di blog bawah) meraikan saat yang cukup indah dalam diari hidup ini dan khas Buat ustaz Dahlan dan sdr Zaidi yang dipertanggungjawabkan berusaha dan istiqomahkanlah untuk kebaikan seluruh warga sukan..
lepas pasang azan bersegeralah kembali ke Surau Casa 2..
jangan buat jemaah kat area operator depan Lobby MSN pulak hehehe..( Bergurau sahaja)
SEJARAH AZAN
Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah. Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar R. A:
“Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar… (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.
Antara dalil-dalil lain:
Dari Anas Bin Malik: Bila jumlah orang Islam bertambah, mereka berbincang cara bagaimana hendak mengetahui waktu solat dengan cara yang mudah. Setengah mengesyorkan supaya dinyalakan api dan ada yang mengesyorkan untuk dibunyikan loceng. Bilal diarahkan untuk malaungkan lafaz azan dua kali dan iqama’ sekali sahaja. – Sahih Bukhari : Jilid 1, Buku 11, No 580
ADAB DAN TATATERTIB SEORANG MUAZZIN
Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab.
Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk menandakan masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid dan kali kedua dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan selepas imam selesai membaca khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.
Seorang muazzin dianjurkan untuk memperhatikan etika atau adab-adab di bawah ini :
1. Dianjurkan sebelum mengumandangkan adzan ia berwudhu ( bersuci ) lebih dahulu.
2. Dianjurkan untuk mengumandangkan adzan dengan pelan-pelan dan jelas.
3. Dianjurkan untuk mengumandangkan adzan dari tempat yang tinggi jika tidak ada alat pengeras suara. Ini dimaksudkan agar suara adzan menyebar lebih luas. Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Bilal, iaitu mengumandangkan adzan dari atas rumah seorang wanita dari Bani Najjar, yang rumahnya kebetulan paling tinggi di sekitar masjid. ( Hadist Hasan Riwayat Abu Daud )
4. Meletakkan kedua jarinya di kedua telinganya. Sebagaimana di dalam hadist Abu Juhaifah Radhiyallahu ‘Anhu bahawasanya ia berkata :
رايت بلالا يؤذن واتتبع فاه ها هنا وها هنا واصبعاه في اذنيه
“Aku pernah melihat Bilal mengumandangkan adzan, dan aku mencermati (gerakan) mulutnya kesini dan kesini. Sementara kedua jarinya berada dikedua telinganya. (Hadith Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah )
5. Hendaknya muazzin mempunyai suara yang baik dan lantang. Sebagaimana di dalam hadist Abdullah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Sholahu ‘Alaihi Wa as- salam bersabda :
فقم مع بلال فألق عليه مارأيت فاليؤذّن به فإنه أندي صوتا منك
Bangkitlah bersama Bilal lalu sampai kepadanya apa yang engkau lihat, kemudian hendaklah dia mengumandangkannya, karena suaranya (Bilal) itu lebih lantang darimu.”(Hadith Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Sebagai tambahan, Sunat ketika azan dan iqamah – tanpa menggerakkan dada dan kaki – memalingkan muka ke sebelah kanan apabila menyerukan , lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat. Kemudian Sunat memalingkan muka ke sebelah kiri apabila menyerukan dua kali kalimah lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat.
SAMBUNGaN SILA KE PAUTAN
http://faizal.iits.com.my/2010/06/azan-sejarah-adab-sebagai-muazzin/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan