Khamis, 28 Oktober 2010

Benarkah Msia menuju kehancuran !!




Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, DrMa'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

Suasana ini pun sudah bertambah karut wal marut apabila saya membaca komentar ustaz zaharuddin melalui blognya www.zaharuddin.net dan ustaz hasrizal melalui www.saifulislam.com

Apa nak jadi keadaan kita hari ini..antara ungkapan bait ustaz hasrizal ialah..

"Bukan agama tidak memberitahu.

Bukan sejarah tidak membentang realiti.

Hanya diri yang angkuh menolak bukti.

Benarlah HEDONISM itu didefinisikan sebagai berpaksi kepada PSYCHOLOGICAL EGOISM.

Saya hampir-hampir tidak mampu membicarakan hal ini dari sudut Islam kerana tidak yakin apakah ada secebis Islam telah dirujuk dalam penghasilan polisi sebegini. Halal dan Haram sudah tidak kelihatan, istilah berkat dan laknat, jauh sekali.

Segalanya tulen bersifat pleasure minus pain.


Ke mana perginya pelbagai slogan, gagasan dan rancangan berkaitan Islam semenjak era Penerapan Nilai-nilai Islam ke zaman Islam Hadhari?

Modal insan?

Semasa media berbual panjang tentang pembuangan bayi, pertambahan jumlah penagihan dadah, pesakit AIDS, kemusnahan akhlak generasi muda malah tua, jenayah yang sudah tidak terkawal, zina yang sudah hampir tenggelam daripada kejanggalan budi, bagaimana Program Transformasi Ekonomi (ETP) menawarkan solusi berupa menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan?"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan